Majalah PC November 2009.
Kalau peminat Linux dan sumber terbuka ada senarai gajet yang wajib beli. Maka tambahkan Majalah PC (MPC) keluaran November 2009 sebagai salah satu darinya! Sebelum ini pun kami sudah menguar-uarkan perkara ini, jadi para pembaca dan Geng Jom Linux yang setia pasti tidak mahu ketinggalan keluaran MPC kali ini.
Keluaran MPC November ini boleh dikatakan amat istimewa bagi Digide dan Jom Linux ini kerana ia merupakan edisi pertama terhasil setelah kerjasama Digide Technology dan Karangkraf.
Di samping itu, ia juga memaparkan empat (4) halaman tutorial tentang aplikasi Linux, satu (1) halaman rebiu netbook dan satu (1) halaman makluman tentang soal jawab Linux.
Diharap dengan kerjasama sebegini sumber terbuka dan Linux akan lebih popular dan diterima baik oleh pengguna PC di luar sana.
Kami juga menyeru agar semua peminat sumber terbuka menyokong Majalah PC dan jangan lupa untuk melayari laman web dan melanggan twitter mereka.












tak sabar nk dapatkan 12 keluaran nie….harap ngan kerjasama nie ubuntu khusuu=snya dan linux amnya di terima oleh masyarakat kita..
salam…kepada semua peminat MPC dan Linux, sila dapatkan Majalah PC November 2009 di pasaran sekarang, seawal 22 Oktober ini. Dan sementara stok masih ada di kedai-kedai mamak dan kedai-kedai buku terdekat. Sekian, terima kaseh..:)
@mpcx…kalu kat kedai mamak/buku tu abis MPC..tu Geng JL yg ambik tue…hehe…
Salam…harap-harap gitu ler…tibalah masanya, kita gegar Satu (1) Malaysia, bersama MPC, JomLinux, & Digide. Besar cita-cita tuh..:)
bagus jl… xsempat nak review kat blog lagi.. hehehe
Dah dapat dah MPC keluaran November. Kandungan yang agak menarik berkenaan dengan Rhythmbox Music Player dan netbook. Erm, di sini mohadila ingin memberikan pendapat tentang artikel yang diterbitkan dalam MPC tue. Rasanya, kebanyakkan pembaca MPC adalah pengguna Windows, jadi sudah tentu mereka tidak pernah mendengar tentang UBUNTU. Rasanya elok jika dibuat tutorial tue bermula dengan pengenalan UBUNTU (contohnya dari buka/tutup komputer, pengendalian data, aplikasi-aplikasi seperti office suite, graphic editor, online application (web, E-mail, Messanging), games dan sebagainya), kelebihannya berbanding “closed source operating system”.
@ mohadila : ada beberpa faktor yg kami x buat tutorial pemasangan dahulu. Satunya, ubuntu baru yang keluar ada perubahan instalasi. Keduanya, sblm ini pun MPC ada menceritkan tentang Ubuntu ini. Saya kurang pasti keluaran ke berapa.
Wah hebatlah sekarng JomLinux sekarang.nanti dengan kerjesama dengan MPC.Linux Ubuntu dan perisian sumber terbuka akan akan mendapat tempat di hati pengguna di Malaysia.Sememangnye amat di nantikan benda mcm ni.Terima kasih JomLinux dan MPC.
Salam…kemunculan semula ruang tutorial Ubuntu Linux turut diuar-uarkan di ruang pameran Majalah PC, sempena Edufest@Pagoh, Muar, Johor baru-baru. Pengunjung yang terdiri daripada pelayar sekolah dan guru juga berminat dengan munculnya ruang berkenaan. Mungkin, peluang untuk mengenali Ubuntu Linux boleh bermula di sekolah..:)
Leave your response!
Recent Posts
Most Commented
Most Viewed