Home » Tutorial

Kembalikan Menu GRUB.

29 October 2009 444 views 2 Comments

Ramai pengguna Linux yang masih menggunakan dual-boot antara Windows atau Mac memandangkan ada sesetengah aplikasi atau program yang hanya berfungsi pada OS tertentu sahaja.

Bagi yang menggunakan Windows pula kadangkala akan memformat kembali OS ini setelah terkena virus, keluar skrin biru (BSOD) atau ada ralat yang tak boleh diperbaiki akan juga memadam Menu GRUB yang dipasang Linux. Akhirnya, anda tidak dapat mengakses ke Linux walaupun partition dan failnya masih ada.

Ikuti tutorial di bawah untuk mengembalikannya. (Tutorial berdasarkan Ubuntu).

1. Boot PC anda dengan Ubuntu. Pilih Try Ubuntu without any change to you computer.

2. Klik Applications > Accessories > Terminal .

3. Taipkan sudo grub .

4. Taipkan find /boot/grub/stage1 . Ia akan mengeluarkan partition mana yang anda pasangkan GRUB sebelum ini.

5. Taipkan root (hd?,?) yang mana gantikan ? dengan nombor partition yang dinyatakan pada langkah 4. Contohnya root (hd0,1) .

6. Taipkan setup (hd0) .

7. Tutup Terminal dan mulai semula komputer.

grub_prima

2 Comments »

  • misterpah said:

    kalau nak lagi senang, pakai superGrub… http://www.supergrubdisk.org/

  • yusofyeop said:

    saya pernah mengalami masalah nie, bila boot tak nak login ubuntu.
    saya ade 2 os yg kedua win xp,
    bila boot keluar perkataan grub: masalah nie terjadi selepas saya up date ubuntu.penyelesaian yg saya buat install ubuntu kembali. boleh JL bantu apakah punca ia terjadi? adakah sebab saya up date ubuntu @ ada fail yg missing???

Leave your response!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar.