Home » Berita

Ubuntu 9.10 Dilepaskan.

30 October 2009 794 views 4 Comments

Rasa tidak sabar yang bergelora menanti pada para peminat Ubuntu yang mana versi barunya 9.10 atau dikenali sebagai Karmic Koala keluar hari ini. Kami rasakan tahun ini agak meriah sedikit sebab keluaran openSUSE 11.2 dan Fedora 12 juga akan menyusul selepas ini.

Bagi yang belum tahu tentang Ubuntu dan versi baru ini. Lihat penerangan ringkas di bawah. (Nota : penerangan ringkas ini adalah terjemahan dari web Ubuntu).

910-header

ubuntu-910-email-and-chatEmel dan sembang

Berbual dengan rakan dan teman sekerja melalui Empathy yang sesuai dengan: Yahoo, Gmail, MSN, Jabber, AOL, QQ dan pelbagai lagi.

Evolution pula memberikan anda akses kepada emel, buku alamat, kalendar serta berinteraksi baik dengan MS Outlook.

ubuntu-910-browser-internetMelayari internet

Firefox 3.5 disediakan dalam Ubuntu yang mana memberikan pelungsuran yang lebih pantas dan juga lebih selamat.

Anda juga boleh memilih pelayar web sumber terbuka yang lain dengan melewati Software Centre.

ubuntu-910-manage-photosFoto

Muat naik dari kamera atau fon anda ke F-Spot.

Urus, tag, kongsi dan susun foto-foto anda.

Muat naik ke rangkaian sosial kegemaran atau laman perkongsian foto secara mudah : Flickr, Facebook, Picassa dan lain-lain.

ubuntu-910-music-videosMusik dan video

Palamkan PSP, iPod, pemain MP3 dan gunakan Rhythmbox untuk memuat turun, menyimpan, membeli dan memainkan musik.

Kongsi playlist dengan rakan-rakan.

Akses terus ke Last.fm melalui Rhythmbox untuk stream musik kegemaran anda.

Stream dan mainkan video dari YouTube, BBC dan lain-lain.

ubuntu-910-officeAplikasi pejabat

Cipta dokumen profesional, hamparan dan pembentangan dengan OpenOffice.org 3.0.

OpenOffice.org sesuai dengan semua aplikasi pejabat termasuklah Microsoft Office.

Perbezaan nyata adalah OpenOffice.org adalah percuma (juga dijamin tiada Mr Clippy).

ubuntu-910-games

Permainan

Lebih 400 permainan yang percuma dan menarik.

Kunjungi Software Centre untuk mencari, memilih dan memasang permainan dengan mudah.

Simpan, sinkr dan kongsi

ubuntu-910-share-filesTeknologi “Ubuntu One” telah diintegerasi bahkan memberikan anda 2GB simpanan online secara percuma.

Kongsi fail antara anda dan komputer rakan dengan mudah.

Naik taraf pada kadar yang rendah untuk storan tambahan.

Software Cubuntu-910-software-centerentre

Akses segera kepada beribu-ribu aplikasi percuma dan sumber terbuka.

Termasuk kategori: Education, Games, Sound and Video, Graphics. Programming dan Office.

Pilih aplikasi yang dikehendaki dan Software Center akan memasangkannya pada komputer anda.

Tiada CD, tiada lesen, tidak sukar.

Kemudahubuntu-910-accessibilityan

Nadi falsafah Ubuntu adalah mempercayai yang perkomputeran adalah untuk semua orang dan pelbagai tujuan. Ubuntu merupakan salah satu sistem operasi yang mudah dan hampir diterjemahkan sepenuhnya ke dalam 23 bahasa.

4 Comments »

  • yusuf said:

    9.10 ini sungguh hebat!
    Dulu dalam 9.04 Firefox mengambil terlalu banyak process power, tapi dalam 9.10 ni ia sudah kurang dengan banyak dan cepat gila!

    Boot up dan shutdown pun sudah lebih laju dan lancar.
    Tambah dengan keluaran driver terbaru dari Nvidia iaitu 190.42 dan Wine 1.1.32, game saya semua dah setanding dengan Windows (sebenarnya lagi baik performance dan komputer saya dah senyap dah :D )

    Saya sungguh gembira!!!

  • Jom Linux » Blog Archive » CD Ubuntu 9.10 said:

    [...] tentang ciri baru Ubuntu 9.10 boleh dirujuk pada artikel [...]

  • hardcore.linux.fan said:

    salam…

    kepada linux fan yg newbie…anda perlu tahu bahawa linux adalah OS free bukan berbayar! fahamkan istilah itu…sekiranya anda mau donate, teruskan tetapi bg anda yg tidak berduit , dapatkan di ubuntu.com…free of charge je…mereka akan hantar terus ke alamat rumah anda…

    regards

  • Wira DuniaMoto said:

    Salam,

    Akhirnya saya terpikat jua dgn Ubuntu.
    Sebelum ni tak pandang pun yelah asyik
    terikat dgn Windows sejak zaman sekolah.

    Namun setelah mencuba terasa seronok
    pulak sbb boleh lari dari gejala kurang
    sihat iaitu penggunaan software2 pirate
    terutama OS sendiri.

    InsyaAllah saya akan cuba dalami linux
    utk keperluan diri dan masa depan.

    Tahniah Jomlinux teruskan usaha murni
    anda. :)

Leave your response!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar.