Home » Berita

Fedora 12. Ciri Baru.

1 November 2009 632 views One Comment

Lebih kurang lagi 17 hari Fedora baru akan dilepaskan. Fedora dengan angka 12 atau dikenali sebagai Constantine ini turut menyelitkan pelbagai ciri baru.

Bagi pengguna baru Linux, Fedora merupakan antara distro Linux yang popular selain  Ubuntu, Debian dan openSUSE. Fedora yang diasaskan pada 2003, menjadi peneraju dalam menerapkan teknologi terkini dalam keluarannya yang mana menjadi satu penanda aras dalam distro Linux yang lain.

Ciri-ciri baru yang ditawarkan termasuklah;

  • Prestasi dioptimumkan – semua pakej perisian 32 -bit telah dikompil semula untuk sistem i686 yang mana akan ada peningkatan kecekapan pada netbook berkuasa Intel Atom.
  • Kemaskini lebih kecil dan pantas – plugin yum-presto akan didatangkan secara lalai atau default yang mana plugin ini akan memuat turun perubahan pada pakej tertentu sahaja bukan keseluruhan pakej. Kompresi XZ juga digunakan menggantikan gzip.
  • Peningkatan NetworkManager broadband dan lain – dibangunkan oleh Red Hat, NetworkManager kini menjadi de facto untuk kongfigurasi network oleh pelbagai distro Linux.
  • Generasi baru Theora video (Ogg) – Theora 1.1 diperkenalkan yang mana ia menghampiri dengan kualiti H.264.
  • Sokongan grafik dipertingkat – Kernel mode setting yang diperkenalkan pada perkakasan AMD sekarang dilanjutkan ke Intel dan juga NVIDIA.
  • Pelaporan automatik apabila berlaku crash dan isu SELinux – ini membantu mereka yang bukan pakar untuk melaporkan pada Bugzilla kerosakan yang berlaku.
  • Antara lain yang ditingkatkan seperti PackageKit plugin, bluetooth on demand, grafik antaramuka Moblin untuk netbook, PulseAudio, SELinux sandbox, Open Broadcom firmware, GNOME 2.28, KDE 4.3.

One Comment »

  • misterpah said:

    bangga ada fedora.. tanpa fedora, xde la orang perasan yang ubuntu ni mesra pengguna…

    Ps : kepada pengguna linux yang baru, fedora merupakan distro yang mempelopori perkara2 baru.. kiranya, pengguna2 fedora merupakan tester kepada teknologi2 terbaru…

    ubuntu (selalunya) pakai teknologi yang stabil , sebab ubuntu tak mahu bebankan user dengan bug & crash…

Leave your response!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar.