CD/DVD Linux Selain Ubuntu. Kini Boleh Dimiliki.

Sejak pendedahan meluas tentang Linux akhir-akhir ini ramai yang bertanyakan sama ada mereka boleh mendapatkan medium Linux selain distro Ubuntu. Kami terpaksa mengatakan ‘tidak’ pada pertanyaan awal-awal dahulu. Sekarang, berita baik untuk yang bertanya kerana jawapannya adalah ‘Ya’. Namun, harus diingatkan bukan semua distro yang kami boleh bekalkan. Untuk senarai distro kami boleh terima kini boleh rujuk di bawah.
Senarai distro ini dipertimbangkan kami untuk dijual CD/DVD memandangkan permintaan dan pertanyaan lebih banyak kepadanya.
- Linux Mint.
- Sabily.
- OpenSUSE.
- Fedora.
Ada juga permintaan untuk Ubuntu Netbook Remix memandangkan tidak ramai yang tahu untuk memasukkannya ke dalam peranti flash dan sifat netbook itu sendiri tiada pemacu optik. Bagaimanapun, kami tidak boleh lagi menjualnya pada masa ini kerana melibatkan perkakasan – peranti flash dan juga kebenaran dari Canonical Ltd. Hal ini kami akan kemaskini dari masa ke semasa.
Sekalipun distro lain sudah boleh dimiliki kami masih menggalakkan pengguna baru yang mengenali Linux agar menggunakan Ubuntu ini kerana kebanyakkan pengguna baru merupakan pengguna akhir dan memerlukan banyak tunjuk ajar dan bimbingan. Menggunakan Ubuntu akan memberi sedikit kemudahan serta keseragaman tentang tutorial.
Untuk buat tempahan distro Linux sila ke Digiplex.











oo!bagus la,mudah .
cuma,betul mcm saudara kata,kalau yg baru dgn linux ni,lebih baik ubuntu ja.saya pun baru ni ,cuba mcm2 distro.
tapi,last2 sekali,guna ubuntu balik.
mudah.lagipun,buat apa susah2,yang mudah ada.
apa2 pun,byak2 terima kasih kepada saudara dan jomlinux krn memudahkan saya mggunakan ubuntu.mudah2an,allah akan memudah kan saudara sekelian.
amin.
@izmar : terima kasih atas sokongan sdr. yup mmg kami cdgkan ubuntu sebab rata2 org baru ni byk ke desktop, fedora dan opensuse plak banyak ke pembangunan (development) dan server. terima kasih juga atas doa sdr.
Memang betul, Ubuntu lebih sesuai bagi pengguna baru (juga pengguna amateur).
Saya mula dengan Ubuntu, cuba OS lain seperti Fedora dan OpenSolaris tetapi balik kepada Ubuntu sebab ia sangat mudah dan seronok.
Syabas JomLinux
Mudah-mudahan anda akan menjadi satu punca besar penyebaran Linux didalam Malaysia
smekom..
sy sbnrye trigin nak join linux..
mcm mne nak memulakan jom linux ni..?
saya adalah penguna baru ubuntu. sekira dapat bantu saya macam mana nak install printer driver brother dcp135c
Saya mula berjinak-jinak dgn ubuntu, ari tu dah terima cd yg dibeli dr digide. X pe kluar duit sikit, nk download dr softpedia makan masa. Dah isntall side by side dgn windows. Nampak ok dan laju cuma banyak benda kena download. Tak pe saya cuba dulu
Ada beberapa masalah yg saya akan hubungkan dgn geng2 jomlinux. Harap geng2 akan selesaikan masalah saya nanti.
@ahmad : cuba download driver kat link ni http://www.brother.com/cgi-bin/agreement/agreement.cgi?dlfile=http://solutions.brother.com/Library/sol/printer/linux/rpmfiles/lpr_debian/hl1650lpr-1.1.2-1.i386.deb&lang=English_lpr
@nibo : kalau tiada aral melintang, geng senantiasa membantu.
Saya menggunakan GT Max Express Wireless Data Card untuk akses internet melalui PC. Menggunakan windows memang tidak ada masalah kerana driver card tersebut menggunakan windows.
Masalahnya UBUNTU tidak dapat membaca driver yang disediakan. So di mana dan bagaimana saya nak dapatkan driver GT Max (Option Luxury) supaya dpt digunakan bersama UBUNTU. Kalau tak ada driver ni maka tak dapatlah sy akses internet dan download banyak software untuk UBUNTU saya.
Please response
To nibo….
download n install “Windows wireless driver” program dengan menggunakan ubuntu software centre…..
copy driver wireless card kemana2 folder dalam ubuntu, biasanya dalam format .inf dan .sys…
klik system > admin > windows wireless driver
klik install new driver
ubuntu akan detect wireless card anda….
cmner nk install ubuntu…!!! sye gune computer jenis acer aspire one zg5..sye tlah format computer sye….cmner nk install pkai boot..
Leave your response!
Recent Posts
Most Commented
Most Viewed