Pemasangan Opera 10.10 Pada Ubuntu.

Mungkin ramai yang jarang menggunakan browser internet bernama Opera ini. Satu sebab mungkin sifat dia yang tidak sumber terbuka sebab itu ia tidak diletakkan pada distro Linux seperti Ubuntu. Bagaimanapun, Opera antara pelayar web yang agak baik, mengikut pandangan saya dan sesuati yang berbaloi untuk dicuba.
Pengenalan.
Opera merupakan browser dan suit internet yang dibangunkan oleh Opera Software. Pendek kata ia boleh digunakan untuk melayari internet, terima dan hantar e-mel serta berborak di IRC, muat turun Torrent dan pelbagai lagi. Selain, itu fungsi tab, zoomin dan mouse gesture amat memberikan ciri inovatif.
Antara yang menarik setelah dicuba oleh Jom Linux adalah fungsi tabnya akan menjadi seperti page preview apabila ditarik ke bawah (seperti dalam video di bawah).
Tutorial.
Tutorial ini dibuat berdasarkan Ubuntu 9.10.
- Pergi ke laman www.opera.com.
- Muat turun versi Linux, untuk ini pilih Ubuntu.
- Dwi-klik pada fail yang dimuat turun dan pasang Opera tersebut.
- Untuk akses ke Opera, pergi ke Applications > Internet > Opera.
























Leave your response!