Home » Berita

Projek Rebiu & Tutorial.

27 January 2010 331 views No Comment

Hentikan asyik menyebut apa itu Linux dan macamana hendak memasang Linux. Ya, kami rasa telah sampai masanya kita berubah ke satu skop yang teratas daripada itu. Berpuluh atau berjuta web atau blog telah menyebut apa itu Linux dan apa kebaikannya tapi berapa banyak yang menceritakan aplikasi Linux yang mampu membuatkan hidup kita lebih senang, aman, damai, cemerleng, gemilang dan terbilang?

Geng dan Komuniti ‘Tidak Mesti Tidak’ Melihat Ke Depan.

Memang lumrah manusia itu dilahirkan dan tabiatnya apabila berjalan akan memandang ke hadapan. Sekalipun, menjeling ke belakang itu boleh tapi tak selalu. Jadi, kenapa harus Geng atau komuniti Linux senantiasa berada di tempat sama, kepompong lama yang asyik mendendangkan seruling dengan nada yang sama.

Maksud kami, sudah cukup kita menerangkan – apa itu Linux, bebas virus, laju, stabil dan selamat. Ini masa kita menceritakan aplikasi yang terbina untuknya. Hei, Jendela diterima pakai oleh kebanyakkan orang sebab ramai pembangun perisian-perisian untuknya!

Masa depan Linux adalah dengan menyediakan lebih banyak aplikasi dan nilai tambah pada Linux itu sendiri. Hanya menyebut tentang perkembangan kernel – itu sudah lapuk.

Natijah ‘Projek Rebiu & Tutorial’.

Tujuan utama Projek Rebiu  & Tutorial ini amat mudah, namun, ia patut memberikan impak yang amat baik pada para pengguna baru atau newbie pada Linux terutama distro Ubuntu.

Ini merupakan projek tutorial yang menggabungkan teks dan video dan menceritakan tentang aplikasi-aplikasi pada Linux dengan cara yang mudah dan ringkas.

Projek ini juga adalah initiatif kami sendiri. Bagaimanapun, Geng atau sesiapa sahaja boleh menyumbang pada penghasilan projek ini selagi mana mengikut kaedah yang diterangkan di bawah.

Menyertai Projek.

Terbuka pada sesiapa sahaja yang rela dan sanggup untuk menyumbang. Anda boleh hantarkan karya anda dengan meletakkan tajuk ‘PRT’ pada ruang halaman Hubungi.

Sekalipun, tiada sesiapa yang akan menyumbang untuk projek ini. Kami akan buat sendiri dengan initiatif kami sendiri.

Oleh itu kami menyatakan di bawah langkah kerja dan spesifikasi projek supaya apa yang dihasilkan mengikut standard dan kemas.

Langkah Kerja.

  1. Tetapkan aplikasi dan fungsi apa yang anda mahu ajarkan. Contoh, menetapkan saiz kertas dalam OpenOffice.
  2. Tuliskan teks tutorial, langkah demi langkah. Biar ringkas dan padat. Kalau boleh dalam format numbering dan sedikit pengenalan aplikasi.
  3. Setelah itu, buat video screencapture untuk menerangkan tutorial. Video yang dah siap hendaklah dimuat naik ke Youtube Jom Linux.
  4. Teks tutorial hendaklah diletakkan pada JomLinux.com dan juga Youtube Jom Linux (pada ruangan Description video terbabit).

Nota. Anda amatlah digalakkan menggunakan Ubuntu sebagai asas tutorial. Ini untuk membina keseragaman dalam mengajar pengguna baru. Bagaimanapun distro lain boleh diterima.

Spesifikasi Teks Tutorial.

  • Kemas ringkas dan padat.
  • Ada penerangan ringkas aplikasi yang mahu diajar.
  • Seelok-eloknya langkah dalam format numbering.
  • Lengkap dengan gambar tutorial.

Spesifikasi Video.

  • Menggunakan kdenlive 0.7.6 dan ke atas.
  • Format HD, 720p 25 Hz.
  • Menggunakan template yang disediakan untuk pembukaan dan penutupan video. (Template kdenlive akan dimuat naik dalam masa terdekat)

Contoh Projek Rebiu & Tutorial.

Jadi, apa komen anda-anda sekalian?

Leave your response!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar.