Home » Tutorial

Memasang Jendela Melalui VirtualBox.

28 January 2010 299 views 8 Comments

Amat leceh sebenarnya bagi yang menggunakan Linux terpaksa memboot ke Jendela kerana ingin menggunakan aplikasi yang hanya terdapat pada Jendela. Dari proses membahagi partition sehinggalah kena restart sebab nak masuk Jendela amatlah tidak wajar bagi yang sentiasa ingin menyiapkan kerja dengan kadar segera. Jadi, kenapa tak jalankan Jendela terus dari Linux OS anda.

Pengenalan.

VirtualBox merupakan perisian virtualisasi atau simulasi x86 yang dibangunkan syarikat Innotek pada asalnya tapi kemudiannya, syarikat ini dibeli oleh Sun Microsystems. Melalui VirtualBox anda dapat menjalankan OS lain pada OS yang sedang digunakan (dalam kes ini pasang Jendela ketika Ubuntu Linux sedang berjalan) bukan itu sahaja, anda boleh menjalankan pelbagai OS serentak mengikut kemampuan komputer anda.

Tutorial.

Tutorial ini menggunakan Ubuntu 9.10.

  1. Pergi ke laman www.virtualbox.org dan muat turun VirtualBox mengikut versi Ubuntu anda.
  2. Pasangkan pakej perisian yang dimuat turun tadi.
  3. Untuk akses ke VirtualBox pergi ke Applications > System Tools > Sun VirtualBox.
  4. Pada mula-mula digunakan, anda perlu menerima lesennya.
  5. Klik butang New dan buat Setting bagi OS yang ingin anda pasangkan. Contohnya, Windows Virus – 512 MB – 5 GB Hard Disk (rujuk gambar di bawah).
  6. Kemudian, masukkan CD Jendela atau Mount ISO CD (rujuk video di bawah).
  7. Ikuti proses pemasangan Jendela mengikut yang tertera pada skrin.

8 Comments »

  • Ajip said:

    Salam kepada editor jom linux…
    Berkenaan dengan sun virtualbox ni…
    Adakah ianya memerlukan dvd softwear yang asal?
    Satu lagi saya ingin mencuba menjalankan Debian OS di dalam virtualbox
    dengan menggunakan DVD-R yang mengandungi Debian OS yang saya download,
    Adakah ianya boleh beroperasi?

    Harap Dapat Membantu…

  • admin (author) said:

    seelok2nya pakai DVD asal..tp kalu x mampu pakai yg lanun punya pun boleh :-)

    debian boleh jalan. cuma waktu setting tu pilih OS – Linux dan Version – Debian.

  • penyamun said:

    ajip,

    kalau kau nak install os atas sun virtualbox ni, aku cadang kan kau install pakai iso jer, lebih laju dan tak perlu bergantung pada dvdrom/cdrom host.

  • Ajip said:

    Ok… terima kasih jomlinux ngan penyamun…
    aku try buat dulu….

  • ak47suk1 said:

    Jangan lupa install VirtualBoxGuestAddition dan setkan user bukan root anda di dalam group vboxusers.

  • puteri kasih sayang said:

    Terbaek!!

  • akuler said:

    baru terai virtualbox ni semalam. seblom ni gune vmplayer jer.

  • mie said:

    VMware kalau di macOsx

Leave your response!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar.