Home » Projek, Tutorial

Bahan Bagi Projek Rebiu & Tutorial.

9 February 2010 181 views No Comment

Kesinambungan dari Projek Rebiu & Tutorial tempoh hari. Kali ini, kami akan memberikan bahan-bahan yang digunakan untuk menghasilkan video ini dan juga sedikit tutorial tentang setting yang diperlukan oleh perisian Kdenlive untuk menghasilkan video bagi projek ini.

Spesifikasi.

Untuk projek ini, video yang dihasilkan mestilah mempunyai tahap kualiti HD ini memandangkan versi yang kurang dari HD agak kabur apabila menayangkan paparan antara muka. Jadi seboleh-bolehnya memberikan kualiti terbaik untuk kepuasan terbaik.

Jom Linux telah mencuba beberapa perisian suntingan video antaranya OpenShot, PiTiVi, Kino dan Kdenlive. Namun, pada akhirnya kami menggunakan Kdenlive atas dasar ia lebih stabil, banyak fungsi dan lebih mesra pengguna.

Diringkaskan di bawah :

  • Perisian Suntingan : Kdenlive 0.7.6.
  • Format Project Settings : HD 720p 25Hz.
  • Format Render : PAL 720 25p.
  • OS Digunakan : Ubuntu 9.10 Desktop Edition 64 Bit.

Kdenlive boleh didapati dari Ubuntu Software Center. Bagi yang menggunakan distro Linux lain sila ikuti laman ini.

Template dan Audio.

Kdenlive membenarkan anda menyimpan Project supaya mudah digunakan berulang kali pada masa mendatang. Template dan audio yang kami gunakan ada pada tajuk Muat Turun. Sila muat turun dan ekstrak fail tersebut. Kemudian, ikuti panduan di bawah.

  1. Buka Kdenlive dan klik butang Open.
  2. Pilih template.kdenlive.
  3. Jika ia menanyakan fail audio yang hilang sila Browse untuk membetulkan semula lokasi audio itu terletak (disertakan sekali bersama fail yang dimuat turun tadi).

Tangkapan Skrin.

Jangan salah faham! Ini bukan tangkap macam tangkap burung tu! Ini merupakan screen capture iaitu satu cara anda merakamkan apa aktiviti yang anda sedang lakukan pada skrin monitor anda. Ikuti tutorial di bawah untuk membuat rakaman yang betul pada skrin (supaya tiada belang hitam pada atas atau tepi video).

  1. Buka Kdenlive dan lihat pada Project Monitor.
  2. Klik pada tab Record Monitor.
  3. Pilih Screen Grab dari senarai.
  4. Klik ikon spanar untuk menetapkan setting seperti di bawah.
    • Nyah tanda Capture audio.
    • Tandakan Follow Mouse dan Hide Frame.
    • Letakkan nombor (1) pada kedua-dua ruang Offset.
    • Letakkan nombor (1280) pada ruang pertama Size dan nombor (720) pada ruang kedua,
    • Letakkan nombor (25) pada ruang Frame rate.
  5. Klik butang OK.

Setelah itu anda boleh mula merakamkan skrin anda. Hasil dari rakaman itu, anda gabungkan dengan Timeline yang terbina dari template.kdenlive tadi.

Mengubah Tajuk.

Apabila anda melihat pada kekotak Project Tree. Ada satu folder bernama Tajuk di sana. Sila dwi-klik pada tajuk yang ingin ditukar.

Render.

Apabila semua kemas dan teratur. Cuba mainkan dan setelah berpuas hati. Mulakan proses Render dengan spesifikasi yang ditulias pada tajuk Spesifikasi di atas.

Muat Naik dan YouTube.

Anda boleh muat naik fail tersebut pada akaun YouTube anda sendiri atau berikan pada kami untuk dimuat naik ke akaun YouTube Jom Linux. Jika anda memuat naik ke akaun sendiri sila maklumkan pada kami linknya dengan mengisi borang Hubungi.

Anda juga hendaklah mengekalkan logo dan nama Jom Linux pada template sebagai syarat video anda dipostkan ke laman web ini. Kami juga akan memberikan kredit sebagai timbal balas kepada anda.

Muat Turun.

Klik sini untuk muat turun fail berkenaan.

Leave your response!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar.